Sunday, December 2, 2007

Adakah wanita itu jahat (sifat yang tidak dapat dipisahkan daripadanya) ?

Adakah wanita itu jahat (sifat yang tidak dapat dipisahkan daripadanya) ?

Diriwayatkan dalam kitab Nahjul Balaghah dari Amirul Mukminim Ali bin Abi Talib R.A katanya :” Perempuan itu jahat belaka, dan lebih buruk lagi ialah kejahatan itu tidak dapat dipisahkan daripadanya”.

Apakah komen anda terhadap kata-kata ini? Adakah ianya mencerminkan sikap Islam terhadap wanita? Saya mengharapkan penjelasan. Terima kasih….

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah, selawat dan salam keatas junjungan Rasulullah S.A.W.

Jawapan dari Dr. Yusof Qardhawi ….. Semoga Allah melindunginya.

Disini ada dua hakikat yang mesti kami tegaskan dengan sejelas-jelasnya:-

Pertama, yang mencerminkan pendapat Islam dalam apa jua perkara ialah firman Allah dan Sunnah Nabi. Al-quran dan Assunnah yang sahih sahaja merupakan sumber yang terpelihara dari sebarang pemesongan dan kecacatan.Kekeliruan hanya lahir dari salah fahamterhadap kedua-duanya atau salah satu darinya.

Kedua, perkara yang sememangnya diketahui dikalangan para pengkritik dan pengkaji bahawa menisbahkan setengah kata-kata yang terdapat dalam kitab ‘Nahjul Balaghah” kepada Saidina Ali Karramallahu Wajhah adalah tidak betul dan mereka mempunyai dalil serta bukti tentang perkara itu.

Tidak syak lagi kitab “Nahjul Balaghah” mengandungi ucapan-ucapan dan kata-kata yang menyedarkan pengkritik dan pembaca yang perihatin, bahawa ucapan-ucapan dan kata-kata tersebut tidak menggambarkan pemikiran dan gaya bahasa di zaman Saidina Ali.

Justeru, adalah tidak harus berhujah dengan segala yang terkandung di dalam kitab “Nahjul Balaghah” dengan menganggapkannya sebagai kata-kata Saidina Ali.

Antara ketetapan yang terdapat dalam ilmu-ilmu Islam ialah, tidak boleh dinisbahkan apa-apa pendapat kepada mana-mana individu kecuali apabila ianya melalui sanad yang sahih,lagi muttasil, tidak mengandungi keganjilan dan kecacatan.

Oh! …. Dalam perkara ini mana sanad muttasil yang sampai kepada Saidina Ali, sehingga membolehkan kita menghukumkan kata-kata tersebut diucapkan oleh beliau.

Bahkan sekiranya kata-kata ini memang dinukilkan dari Saidina Ali melalui sanadnya yang sahih lagi muttasil,melalui perawi-perawi yang adil dan dhabit,ianya tetap ditolak kerana bercanggah dengan usul dan nas Islam. Ianya merupakan penyakit yang boleh mencemarkan nama Islam, serta mesti ditolak walaupun sanadnya seterang mentari.

Bagaimana Saidina Ali boleh mengucapkan kata-kata sedemikian sedangkan beliau membaca kitab Allah yang menegaskan tentang persamaan antara wanita dan lelaki dari segi asal kejadian,tanggungjawab dan balasan dari Allah. Firman Allah dan maksudnya:

ØWahai manusia !! Bertaqwalah kamu semua kepada Tuhan yang telah menciptakan kamu dari satu diri,dan Allah menciptakan daripadanya isterinya,dan Allah mengembang biakkan daripada keduanya lelaki dan perempuan…..” ( Annisa : 1 )

Ø “Sesungguhnya orang Islam lelaki dan perempuan,orang beriman lelaki dan perempuan, orang lelaki dan perempuan yang kekal diatas ketaatan, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyu`, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang menjaga kehormatan diri mereka, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut nama Allah,Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran yang besar” ( Al- Ahzab : 35 )

Ø” maka Tuhan mereka menerima permohonan mereka ( dengan berfirman ) sesungguhnya aku tidak akan mensia-siakan amalan orang-orang yang beramal dikalangan mereka baik lelaki dan perempuan,kerana sebahagian kamu adalah keturunan sebahagian yang lain” ( Aal-Imran : 195 )

Allah berfirman tentang kedudukan isteri-isteri :

Ø“ Mereka (isteri-isteri ) adalah pakaian bagi kamu,dan kamu adalah pakaian bagi mereka” ( Al-Baqarah ; 187 )

Ø“ Antara tanda-tanda kebesaran Allah ialah ia menjadikan untuk kamu isteri-isteri dari diri kamu sendiri supaya kamu jadi tenang kepadanya dan Allah menjadikan antara kamu kasih sayang dan rahmat, sesungguhnya itu semua pastinya menjadi tanda-tanda keagungan Allah bagi orang-orang yang memikirkannya….” ( Ar-Rum : 21 )

Sabda Nabi S.A.W :

Ø ”Perempuan itu sebenarnya saudara kepada lelaki.” “ Dunia adalah harta, sebaik-baik harta adalah wanita yang solehah”. ( Riwayat Muslim,Nasaai dan Ibnu Majah ).

Ø “Tiga perkara yang menjadi asas kebahagian manusia: Wanita yang solehah,tempat tinggal yang baik dan kenderaan yang baik…..” ( Riwayat Ahmad dengan sanad yang sahih )

“ Sesiapa yang Allah berikan kepadanya wanita ( isteri ) yang baik, maka sebenarnya Allah telah menolongnya separuh dalam agamanya,maka bertaqwalah kepada Allah dalam separuh yang masih berbaki dari agamanya…’ ( Riwayat Tabrani dan Hakim : Hakim berkata, hadis ini sahih sanadnya ).

Nabi bersabda: “ Empat perkara jika seseorang mendapatnya maka dia sebenarnya telah dikurniakan kebaikkan dunia dan akhirat “ dan Nabi menyebut antaranya “ Isteri yang solehah yang tidak menyusahkan suaminya dan hartanya”. ( Diriwayatkan oleh Tabarani di dalam Al-kabir dan Al-Ausat)

Nabi menyebut tentang diri beliau sendiri “ Dicampakkan perasaan kasih kepada aku terhadap dunia kamu iaitu perempuan dan wangian dan dijadikan perempuan-perempuan (isteri-isteri) sebagai penyejuk hati ku didalam solat’’

Maka bagaimana Saidina Ali boleh menyanggah hakikat ini semua,sehingga ia boleh menyebut bahawa perempuan itu jahat belaka?

Kalaulah benar kenyataan tersebut datang dari Saidina Ali ,pasti kita akan bertanya : “ Bagaimana pandangan tuan tentang isteri tuan,ibu kepada dua cucunda Rasulullah SAW iaitu ketua pemuda syurga (Saya maksudkan Fatimah r.a. penghulu sekalian wanita) ? Adakah Saidina Ali dan orang-orang Islam akan menerimanya dengan berkata “Perempuan itu jahat belaka”?

Sebenarnya asal kejadian wanita dan lelaki tiada perbezaannya, kedua-duanya boleh melakukan kejahatan dan keburukan, boleh mendapat petunjuk dan menjadi sesat, sebagaimana firman Allah:” Demi diri serta penyempurnanya, maka Allah mengilhamkan kepadanya jalan kefasikan dan ketaqwaannya, maka berjayalah orang yang menyucikannya dan rugilah orang yang mengotorinya”. (Assyams: 7-10)

Bagaimana boleh digambarkan bahawa perempuan itu jahat belaka dengan kejahatan yang tidak dapat dipisahkan daripadanya?

Sebenarnya bagi orang yang mengamati alam kejadian ini pasti ia mendapati kebaikan yang terdapat didalamnya adalah yang asal dan tetap. Adapun keburukan yang ternampak oleh kita maka ianya adalah bersifat sampingan dan tidak tetap serta terpendam dalam kebaikan yang bersifat menyeluruh dan merangkumi.

Keburukan itu sebenarnya satu daripada kemestian adanya kebaikan dan kerana hakikat inilah nabi s.a.w. pernah bermunajat kapada Allah “ Kejahatan tidak datang kepada engkau”. Tersebut di dalam Al-Quran “Di tangan Engkaulah kebaikan, maka sesungguhnya Engkau maha berkuasa terhadap sesuatu “.(Aal-Imran: 26)

Timbul persoalan di sini tentang fakta yang terdapat dalam hadis ,iaitu berwaspada terhadap fitnah perempuan seperti sabda Nabi saw “ Aku tidak tinggalkan fitnah yang lebih buruk selepas kewafatan ku dari fitnah perempuan terhadap lelaki”. (Riwayat Bukhari)

Saya jawab : Berwaspada terhadap fitnah sesuatu tidak bererti ianya jahat seluruhnya tetapi ianya bererti sesuatu itu mempunyai pengaruh yang sangat kuat ke atas manusia yang dibimbangi akan memesongkannya dari mengingati Allah dan hari akhirat.

Di sini Allah mengingatkan manusia supaya berwaspada terhadap ujian harta benda dan anak pinak di dalam kebanyakan ayat Al-Quran antaranya firman Allah Taala yang bermaksud ; “Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cubaan bagimu,disisi Allah pahala yang besar.” ( Taghabun : 15 ),

“ Wahai orang-orang yang beriman janganlah harta-harta kamu dan anak pinak kamu melalaikan kamu dari mengingati Allah,barangsiapa yang berbuat demikian merekalah orang-orang yang rugi.” ( Munafiqun : 9 )

Namun beberapa ayat lain dalam Quran, Allah menyebut harta itu sebagai “ kebaikan “,Allah juga menyebut anak pinak dan cucu-cucu sebagai nikmat yang dikurniakan kepada sesiapa yang dikehendaki di kalangan hambaNya, “ Dia mengurniakan anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendaki dan Dia mengurniakan anak lelaki kepada sesiapa yang Ia kehendaki.” ( Syura : 49)

Allah juga menyebut pengurniaan anak cucu kepada hambaNya sama seperti hambaNya dikurniakan rezeki yang baik : Allah telah menjadikan dari diri-diri kamu isteri-isteri, dan Allah menjadikan dari isteri-isteri kamu anak cucu, dan Allah telah mengurniakan kapada kamu rezeki yang baik-baik.” ( Nahl : 72 )

Maka memberi peringatan tentang ujian perempuan sama saja dengan peringatan tentang ujian harta dan anak pinak. Ia sama sekali tidak bermaksud bahawa semua nikmat ini jahat dan buruk tetapi sebenarnya Allah ingin memberi peringatan supaya jangan terlalu tertambat hati kepadanya sehingga sampai menjadi fitnah dan menjauhkan hati dari mengingati Allah.

Tiada seorang pun dapat menafikan bahawa kebanyakan lelaki akan menjadi lemah dengan pujukan perempuan, daya tarikan dan ujiannya, lebih-lebih lagi apabila perempuan itu bermaksud mempengaruhi dan memperdayakan lelaki. Sesungguhnya tipu daya perempuan lebih licik dari lelaki.

Lantaran itulah lelaki mesti diberi peringatan terhadap bahaya ini, agar mereka tidak tersungkur di hadapan sifat semulajadinya yang suka bertindak secara gopoh gapah.

Di zaman ini, kita mendapati ujian perempuan sudah sampai ke tahap zaman-zaman terdahulu dan khayalan generasinya sehingga golongan pemusnah menjadikan wanita sebagai satu elemen untuk memusnahkan kemurnian-kemurnian dan artifak warisan dengan nama perkembangan dan kemajuan.

Menjadi tanggungjawab wanita Islam berwaspada terhadap komplot ini. Wanita Islam hendaklah sentiasa mengawal diri agar tidak dijadikan sebagai alat pemusnah oleh kuasa-kuasa besar yang memusuhi Islam.

Wanita Islam hendaklah kembali kepada zaman kegemilangan mereka yang mana mereka dianggap anak perempuan yang terdidik, isteri yang soleh,ibu yang mulia,insan terpilih yang berkhidmat untuk agama dan umat,dengan demikian wanita mendapat dua kebaikan iaitu beruntung di dunia dan akhirat.

Wallahu Wa’lam

teks asal>>


هل المرأة شر لا بد منه ؟

جاء في نهج البلاغة عن أمير المؤمنين علي بن أبي طالب - رضي الله عنه - قوله: " المرأة شر كلها، وشر ما فيها أنه لا بد منها " فما تفسيركم لهذا القول ؟ وهل هذا يمثل موقف الإسلام من المرأة . أرجو الإيضاح والبيان وشكرًا

بسم الله، والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله وبعد:

يقول فضيلة الشيخ الدكتور يوسف القرضاوي -حفظه الله-:

هناك حقيقتان يجب أن نقررهما بوضوح وجلاء.

الأولى: أن الذي يمثل رأي الإسلام في قضية ما، إنما هو قول الله تعالى وقول رسوله صلى الله عليه وسلم.

وكل أحد بعد ذلك يؤخذ من كلامه ويترك، فالقرآن الكريم وصحيح السنة النبوية هما وحدهما المصدران المعصومان، إنما يأتي الخلل من سوء الفهم لهما أو لأحدهما.


الثانية: أن من المعروف لدى النقاد والمحققين أن نسبة بعض ما في " نهج البلاغة " إلى علي رضي الله عنه، وكرم الله وجهه، غير صحيحة، ولهم على ذلك دلائل وبراهين . ولا شك أن في " النهج " خطبًا وأقوالاً يلمس الناقد بل القارئ الواعي، أنها لا تمثل عصر الإمام في أفكارها، ولا في أسلوبها.


ومن هنا لا يجوز الاحتجاج بكل ما في " النهج " على اعتبار أنه من أقواله رضي الله عنه.


على أن المقرر في العلوم الإسلامية أن نسبة الأقوال إلى قائليها، لا تتحقق إلا بالإسناد الصحيح المتصل، الخالي من الشذوذ والعلة، فليت شعري، أين السند المتصل إلى الإمام علي، حتى نحكم على أساسه أنه قال هذا القول ؟.


بل لو نقل هذا القول عن علي بسند صحيح متصل، من رواة عدول ضابطين لوجب أن يرد، لما فيه من مخالفة للأصول والنصوص الإسلامية، وهذه علة قادحة توجب رد أي قول، ولو كان إسناده كالشمس.

وكيف يقول علي بن أبي طالب هذا القول، وهو يقرأ كتاب الله الذي يقرر مساواة المرأة للرجل في أصل الخلق، وفي التكاليف، وفي الجزاء: (يا أيها الناس اتقوا ربكم الذي خلقكم من نفس واحدة، وخلق منها زوجها، وبث منهما رجالاً كثيرًا ونساء) (سورة النساء: 1)، (إن المسلمين والمسلمات، والمؤمنين والمؤمنات، والقانتين والقانتات، والصادقين والصادقات، والصابرين والصابرات، والخاشعين والخاشعات، والمتصدقين والمتصدقات، والصائمين والصائمات، والحافظين فروجهم والحافظات، والذاكرين الله كثيرًا والذاكرات، أعد الله لهم مغفرة وأجرًا عظيمًا) (سورة: الأحزاب: 35) . . (فاستجاب لهم ربهم أني لا أضيع عمل عامل منكم من ذكر أو أنثى بعضكم من بعض) (سورة آل عمران: 195) .



ويقول في شأن الزوجات: (هن لباس لكم، وأنتم لباس لهن) (سورة البقرة: 187) . ويقول: (ومن آياته أن خلق لكم من أنفسكم أزواجًا لتسكنوا إليها وجعل بينكم مودة ورحمة، إن في ذلك لآيات لقوم يتفكرون) (سورة الروم: 21)، ويقول الرسول صلى الله عليه وسلم: " إنما النساء شقائق للرجال " . ويقول: " الدنيا متاع، وخير متاعها المرأة الصالحة " (رواه مسلم والنسائي وابن ماجة) . ويقول: " من سعادة ابن آدم ثلاثة: المرأة الصالحة، والمسكن الصالح، والمركب الصالح ". (رواه أحمد بإسناد صحيح).



ويقول: " من رزقه الله امرأة صالحة، فقد أعانه على شطر دينه، فليتق الله في الشطر الباقي ". (رواه الطبراني والحاكم، وقال: صحيح الإسناد).


ويقول: " أربع من أوتيهن فقد أوتي خير الدنيا والآخرة " ويذكر منها " زوجة صالحة لا تبغيه حوبًا في نفسها وماله ". (رواه الطبراني في الكبير والأوسط، وإسناد أحدهما جيد، كما في " الترغيب " للمنذري).


ويقول عن نفسه: " حبب إلى من دنياكم النساء والطيب، وجعلت قرة عيني في الصلاة ".

فكيف يخالف علي رضي الله عنه هذا كله وغيره، ويطلق القول: إن المرأة شر كلها ؟ !


ونستطيع - لو صح هذا القول عن علي - أن نسأله: ما قولك في زوجك، وأم ولديك السبطين الحسن والحسين، سيدي شباب أهل الجنة، أعني فاطمة سيدة النساء رضي الله عنها ؟ هل يقبل الإمام علي أو يقبل المسلمون منه أن يقول عنها: أنها شر كلها ؟


إن فطرة المرأة ليست مخالفة لفطرة الرجل، فكلتاهما تقبل الخير والشر، والهدى والضلال، كما قال تعالى:

(ونفس وما سواها فألهمها فجورها وتقواها . قد أفلح من زكاها . وقد خاب من دساها). (سورة الشمس: 7 - 10).


وكيف يتصور أن تكون المرأة شرًا كلها، ومع هذا لا يكون منها بد ؟ كيف يخلق الله شرًا مطلقًا، ثم يسوق الناس إليه سوقًا بسوط الحاجة والضرورة ؟


بل المتأمل في الكون كله يجد أن الخير فيه هو الأصل والقاعدة، وما يتراءى لنا من شر فهو جزئي ونسبي، ومغمور في الخير الكلي العام المطلق، وهو في الواقع لازم من لوازم الخير، ولهذا كان من مناجاة النبي صلى الله عليه وسلم لربه: " والشر ليس إليك " وفي القرآن الكريم (بيدك الخير إنك على كل شيء قدير). (سورة آل عمران: 26).



بقي هنا سؤال عن نقطة ورد بها الحديث، وهي التحذير من فتنة النساء مثل قوله صلى الله عليه وسلم " ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء ". (رواه البخاري).


وأقول: إن التحذير من الافتتان بشيء، لا يعني أنه شر كله، وإنما يعني أن لهذا الشيء تأثيرًا قويًا على الإنسان يخشى أن يشغله عن الله والآخرة.


ومن هنا حذر الله من الفتنة بالأموال والأولاد في أكبر آية في كتاب الله، ومن ذلك قوله تعالى
: (إنما أموالكم وأولادكم فتنة، والله عنده أجر عظيم) (سورة التغابن: 15) .، (يا أيها الذين آمنوا لا تلهكم أموالكم ولا أولادكم عن ذكر الله . ومن يفعل ذلك فأولئك هم الخاسرون). (سورة المنافقون: 9).



هذا مع تسميته سبحانه المال " خيرًا " في عدة آيات من القرآن، ومع اعتباره الأولاد نعمة يهبها الله لمن يشاء من عباده: (يهب لمن يشاء إناثًا ويهب لمن يشاء الذكور) (سورة الشورى: 49) . . وامتنانه على عباده بأن منحهم الأولاد والأحفاد، كما رزقهم من الطيبات: (والله جعل لكم من أنفسكم أزواجًا، وجعل لكم من أزواجكم بنين وحفدة، ورزقكم من الطيبات). (سورة النحل: 72).

فالتحذير من فتنة النساء كالتحذير من فتنة الأموال والأولاد، ولا يعني أن هذه النعم شر، وشر كلها ! بل يحذر من شدة التعلق بها إلى حد الافتتان، والانشغال عن ذكر الله.


ولا ينكر أحد أن أكثر الرجال يضعفون أمام سحر المرأة وجاذبيتها وفتنتها، وخصوصًا إذا قصدت إلى الإثارة والإغراء، فإن كيدها أعظم من كيد الرجال.


ومن ثم لزم تنبيه الرجال إلى هذا الخطر، حتى لا يندفعوا وراء غرائزهم، ودوافعهم الجنسية العاتية.

وفي عصرنا نجد أن فتنة المرأة بلغت حدًا فاق كل العصور السابقة، وخيالات أهلها، وأصبح الهدامون يتخذون منها معولاً لهدم الفضائل والقيم المتوارثة، باسم التطور والتقدم.

والواجب على المرأة المسلمة أن تتنبه لهذه المؤامرات، وأن تربأ بنفسها أن تتخذ أداة هدم في أيدي القوى المعادية للإسلام، وأن تعود إلى ما كانت عليه نساء الأمة في خير قرونها: البنت المهذبة، والزوجة الصالحة، والأم الفاضلة، والإنسانة الخيرة العاملة لخير دينها وأمتها، وبذلك تفوز بالحسنيين، وتسعد في الدارين.


والله أعلم

المصدر إسلام اون لاين

No comments: